Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Berkonvoi hantar sumbangan ke Kg Benutan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal dan peruncit kenderaan Land Rover di Brunei, telah bekerjasama dengan Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) untuk tahun kedua dalam menganjurkan kempen amal.

    Seramai 50 orang dan lebih 15 kenderaan menyertai konvoi New Defender Ramadan Charity Drive ke Kampung Benutan, Tutong, baru-baru ini.

    Sebanyak 20 buah keluarga kurang berkemampuan di kawasan terpencil telah menerima bekalan makanan dan keperluan menerusi kempen amal berkenaan.

    Pengurus Besar Indera Motors, Alfred Yong telah menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Presiden PKTLB, Awang Abidin bin Haji Musa sebelum konvoi bermula.

    Kakitangan Indera Motors, pemilik dan ahli-ahli PKTLB bergerak ke lokasi tersebut bersama kenderaan Defender baharu.

    Konvoi itu juga disertai juruteknik terlatih Land Rover bagi memberikan perkhidmatan bantuan tepi jalan dalam kes kecemasan.

    Kempen amal itu diakhiri dengan bersungkai bersama, di mana Alfred Yong menyampaikan sijil kepada para peserta.

    Alfred Yong menyampaikan sumbangan kepada Awang Abidin sebelum perjalanan bermula. – Gambar serahan Indera Motors Sdn Bhd
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...