Berkorban demi hentikan penularan virus

ATLANTA – Seperti kebanyakan wanita, Nadia Williams dan adik perempuannya akan menghabiskan masa berjam-jam membayangkan perkahwinan mereka.

Kini berusia 30 tahun, Williams membantu adiknya merancang hari perkahwinannya, tetapi apabila tiba hari Jumaat, dia tidak dapat berada di sisi adiknya sebagai pengapit pengantin. Sebagai gantinya, dia akan memakai baju labuci, dengan rambut diikat ke belakang, memegang sejambak bunga, dan menyaksikan upacara itu bersendirian, melalui Zoom, dari sebuah komuniti untuk warga emas.

Williams adalah antara kira-kira 70 pekerja yang berlindung di samping lebih dari 500 penduduk di sebuah kemudahan tempat tinggal bantuan bagi kelas atasan di luar Atlanta. Sejak penghujung Mac, Park Springs menempatkan beberapa pekerja yang tinggal di kampus berkeluasan 61 ekar berbanding dari ulang-alik dari rumah untuk menjaga penduduk di sana daripada jangkitan koronavirus – walaupun rumah jagaan adalah antara tempat yang paling teruk terkena wabak ini.

“Kebanyakan kemudahan mempunyai kekurangan ruang,” kata Betsy McCaughey, Jawatankuasa bagi Mengurangkan Kematian Jangkitan, sebuah badan yang tidak mengambil keuntungan yang memberikan garis panduan untuk mencegah koronavirus dari rumah penjagaan. Dia memuji idea kakitangan di lokasi, dan juga melindungi keluarga dan komuniti pekerja.

Pendekatan tersebut telah digunakan di tempat-tempat lain. Di Perancis, kakitangan rumah kebajikan telah menamatkan 47 hari kuarantin Isnin lalu. Di Connecticut pemilik kemudahan bantuan tempat tinggal telah menyediakan ruang untuk kakitangan di premis, di mana Tyson Belanger telah menggesa kerajaan untuk memberikan bantuan yang lebih banyak kepada komuniti warga emas.

Enid Kam bercakap bersama dengan ahli keluarganya dengan panggilan video yang dianjurkan oleh kakitangan Park Springs. – AP
Crystal Craft meninggalkan beg yang berisi makanan di pintu pagar hadapan untuk suaminya, Justin, sebelum mereka mengadakan temu janji mingguan. – AP
Justin dan isterinya menikmati makan malam bersama dengan jarak 15 kaki dari sebarang pagar. – AP

Di Georgia, Williams, pentadbir penjagaan kesihatan, berkata tugasnya kepada warga emas mesti diutamakan, meskipun dia akan terlepas menghadiri perkahwinan adiknya.

“Saya berharap saya berada di sana, semestinya,” katanya, tersedak dalam temu bual dengan The Associated Press. “Saya berharap dapat membantunya untuk membuat persediaan.

Perintah berkurung di Park Springs bermula selepas empat orang pekerja dan penduduk di sana disahkan positif dijangkiti virus. Kebanyakan tempat-tempat rumah penjagaan telah mengehadkan jumlah pelawat, dan ramai yang diperiksa sama ada menghidapi demam atau bertanyakan kepada mereka sama ada mereka telah membuat kontak dengan sesiapa yang dijangkiti virus. Pentadbiran Park Springs berkata bimbang strategi tersebut masih tidak mencukupi.

“Kami tahu kami terpaksa melakukan sesuatu yang drastik,” kata Donna Moore, ketua pegawai operasi di syarikat yang dimiliki oleh Park Springs.

Dalam beberapa cara, Park Springs lebih serupa kepada tempat peranginan dari kemudahan penjagaan kesihatan yang biasa. Penduduk – sebahagian penduduk di sana tidak memerlukan penjagaan kesihatan – telah diasing-asingkan di keseluruhan bangunan pangsapuri, rumah-rumah dan rumah dupleks kampus yang berpagar berpangkalan di Stone Mountain, sebuah batu gergasi yang menjadi tarikan pelancong dengan jalan menuju ke puncak dan ukiran besar pemimpin gabungan.

Penduduk di sana akan membayar yuran kemasukan yang boleh mencapai AS$500,000, dengan bayaran bulanan dianggarkan sekitar AS$2,500 hingga lebih dari AS$6,000, bergantung pada jenis, saiz dan lokasi rumah mereka dan sama ada mereka tinggal di sana bersendirian atau berpasangan, menurut laman web Park Spirngs.

Harga pertengahan bagi satu unit yang mempunyai satu bilik tidur di kemudahan bantuan tempat tinggal di Georgia tahun lalu melebihi $3,300 sebulan, menurut kajian dari gergasi insurans, Genworth Financial.

Beberapa buah kemudahan tidak mempunyai sumber kelengkapan dan kewangan untuk memastikan kakitangan selesa berada di kampus, kata Charlene Harrington, seorang profesor emeritus di Universiti California, San Francisco.

“Ia adalah sebuah tempat yang cantik, barangkali pekerja tidak akan hirau untuk tinggal di sana,” katanya.

Park Springs mempunyai sebuah jim, tempat untuk pergi ke sebuah tasik, kedai makan dan studio seni.

Pekerja-pekerja dibenarkan untuk menggunakan gim. Mereka juga perlu membayar tempat tinggal mereka – satu keputusan dibuat selepas pihak sukarela berterusan tinggal di sana, COO Moore berkata.

Bagi Justin Craft, yang bekerja menjalankan perkhidmatan makanan di Park Springs, dia tidak mempunyai kesempatan untuk pulang dan makan malam bersama keluarga dan anaknya yang berusia 12 tahun. – AP