Berkshire beli 5 saham Jepun

TOKYO, 31 OGOS – Berkshire Hathaway, milik Warren Buffett membeli lima peratus saham dalam lima syarikat perdagangan terkemuka Jepun, katanya dalam kenyataan hari ini.

Saham-saham Itochu Corp, Marubeni Corp, Mitsubishi Corp, Mitsui & Co dan Sumitomo Corp itu bernilai lebih AS$6 bilion menurut Bloomberg News dan Berkshire merancang untuk ‘memegang pelaburannya di Jepun itu dalam jangka yang lama’. – AFP