Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkshire Hathaway kurangkan pegangan dalam Apple, Bank of America

    SAN FRANCISCO, 5 NOV – Syarikat induk pelabur Amerika Syarikat Warren Buffett, Berkshire Hathaway melaporkan rekod wang tunai sebanyak AS$325.2 bilion pada suku ketiga apabila syarikat itu menjual pegangan ekuitinya dalam syarikat terkemuka seperti Apple dan Bank of America, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Syarikat milik Warren Buffet itu memegang 907.6 juta, atau 5.7 peratus, daripada saham Apple yang beredar pada akhir tahun lalu, bernilai kira-kira AS$174.3 bilion.

    Pada masa ini, pegangan Berkshire dalam gergasi teknologi itu bernilai AS$69.9 bilion, mengikut laporan suku tahunan terkini syarikat itu. “Saya tidak fikir Warren Buffett benar-benar selesa dengan teknologi,” kata Jim Shanahan, seorang penganalisis di Edward Jones, kepada Financial Post.

    “Jualan saham bermula pasti selepas kematian Charlie Munger,” kata Shanahan. “Mungkin Munger sentiasa lebih selesa dengan Apple berbanding Warren Buffett.”

    Munger ialah rakan kongsi perniagaan lama Buffett, yang meninggal dunia pada 2023.

    Selain itu, syarikat yang berpangkalan di Omaha itu telah menjual saham Bank of America bernilai AS$9 bilion. – Bernama

    Seorang wanita menunjukkan kad dengan gambar Warren Buffett (kiri) dan Charlie Munger (kanan) semasa Hari Membeli-belah Pemegang Saham di Pusat Kesihatan CHI di Omaha, Nebraska pada 29 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda