Monday, January 20, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkunjung demi keharmonian negara

    Oleh Yusrin Junaidi & Hajah Saemah Kipli

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Program Pendekatan Pengawasan Kejiranan (PK) sedang giat dijalankan dengan mengadakan beberapa kunjungan di beberapa buah kampung dan kawasan di seluruh negara pada musim perayaan ini.

    Sehubungan itu, Balai Polis Seria turut tidak melepaskan peluang dengan berkunjung ke rumah Penghulu Mukim Seria, Haji Jemail bin Haji Linap.

    Rombongan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Penolong Penguasa Polis, Pengiran Haji Muhammad Saiful Ariff bin Pengiran Haji Duraman.

    Kunjungan turut disertai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Inspektor Muhammad Ajib bin Haji Ahmad bersama tiga anggota polis PK.

    Sementara itu, Unit PK Balai Polis Limau Manis yang diketuai oleh Koperal 4044 Pengiran Mohd Iskandar Shah bin PDP Haji Salim bersama ahli PK turut mengadakan kunjungan serupa ke rumah Ketua Kampung Panchor Murai, Haji Matassan bin Haji Salleh.

    Program Pendekatan PK seumpama itu adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kemesraan dan kepercayaan orang ramai terhadap Pasukan Polis Diraja Brunei dan menjadi langkah ke arah menyatupadukan penduduk kampung dan rakyat di negara ini dalam proses pembentukan negara yang aman dan harmoni.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda