Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berlian 1MDB akan diserahkan kepada AS

    KUALA LUMPUR, 2 Mei – Barang kemas berlian bernilai AS$1.7 juta dikatakan dibeli oleh ahli kewangan Malaysia untuk ibunya dengan wang curi daripada dana dicengkam skandal 1MDB, akan diserahkan kepada kerajaan AS, menurut satu laporan hari ini.

    Berbilion-bilion dolar didakwa dicuri daripada dana kewangan Malaysia itu oleh bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak dan kroni-kroninya yang membeli segalanya daripada hartanah mewah sehinggalah karya-karya seni.

    Ahli kewangan Jho Low dikatakan memainkan peranan utama dalam penipuan itu dan didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat, yang berusaha mendapatkan semula aset-aset dikatakan dibeli dengan wang curi dana tersebut melalui saman undang-undang sivil. Antara aset-aset tersebut termasuklah sepasang anting-anting berlian dan cincin berlian yang dibeli Jho Low untuk ibunya, Goh Gaik Ewe menggunakan sekitar AS$1.7 juta dari 1MDB. Low mengarahkan seorang jauhari terkenal Amerika untuk membuat kedua-duanya.

    Pendakwa raya AS mengatakan dalam fail mahkamah minggu ini bahawa penjaga set itu mencapai perjanjian untuk menyerahkan barang kemas itu, lapor Bloomberg News, memetik dokumen itu difailkan di sebuah mahkamah California.

    Penyerahan tidak seharusnya dianggap sebagai pengakuan kesalahan atau liabiliti, menurutnya. Fail mahkamah bagaimanapun tidak menyatakan siapa penjaganya. Ibu Jho Low dilaporkan tinggal di Thailand. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda