Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bermain bersama ratusan arnab di Pulau Okunoshima

    JEPUN – Beratus-ratus arnab telah menjadikan pulau Okunoshima, yang terletak di Laut Seto Inland sebagai habitat haiwan berkenaan.

    Pulau ini, sebahagian daripada Kota Takehara wilayah Hiroshima, yang merupakan sebuah pulau kecil dengan ukur lilit kira-kira 4 meter. Pengunjung ke pulau itu bebas berjalan-jalan selama kira-kira sejam.

    Video yang memaparkan arnab itu mendapat banyak perhatian di Jepun dan luar negara pada tahun 2014 dan hasilnya, pulau itu meraih populariti sebagai tempat pelawat boleh berinteraksi dengan sejumlah besar arnab. Dikatakan populasi arnab pulau itu meningkat selepas lapan ekor arnab dilepaskan dari sebuah sekolah rendah di pinggir pulau itu 50 tahun lalu. Makanan haiwan ini kebanyakannya terdiri daripada rum-put dan kekurangan musuh semula jadi seperti layang-layang hitam, gagak, dan ular telah membantu peningkatan pesat populasi.

    Walaupun pulau ini merupakan destinasi pelancongan yang popular, ia pernah menjadi pangkalan pengeluaran gas beracun sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Muzium gas beracun Okunoshima mempunyai banyak maklumat tentang sejarah pengeluaran gas beracun di pulau itu. Walaupun kilang pengeluaran gas dirobohkan, sisa kemudahan termasuk gudang masih ada sehingga ke hari ini. – ANN/The Japan News

    Salah seorang pengunjung memberi makan arnab di pulau Okunoshima, Kota Takehara, wilayah Hiroshima. – ANN/The Japan News
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...