Bernafas boleh sebar tuberkulosis

PARIS, 19 OKT – Bernafas sudah cukup untuk menyebarkan bakteria yang menyebabkan tuberkulosis, menurut kajian yang disampaikan semasa persidangan utama hari ini, berpotensi memaksa komuniti perubatan untuk memikirkan semula strategi jangkitan berdekad-dekad tertumpu kepada batuk sahaja.

Menggunakan peralatan canggih, sebuah pasukan dari Universiti Cape Town di Afrika Selatan mengukur Mycobacterium tuberkulosis (Mtb) dalam 39 orang yang menghidap TB.

Mereka melihat aerosol yang dilepaskan semasa bernafas biasa, nafas dalam dan batuk. Hasilnya mendapati selepas lima minit kesemuanya menghasilkan partikal yang mengandungi bakteria berbahaya.

Dan semasa batuk, ia mampu menghasilkan tiga kali Mtb berbanding bernafas. Menurut penyelidik, disebabkan orang ramai bernafas sepanjang hari, sekadar menghembuskan nafas boleh mengeluarkan lebih 90 peratus Mtb ke udara. – AFP