Bernal intai gelaran Tour de France 2022

PARIS, 24 NOV – Pelumba basikal Colombia Egan Bernal (gambar) akan berusaha merebut semula gelaran Tour de France pada 2022, pelumba pasukan Ineos itu mengesahkan kepada media di negara asalnya semalam.

Bernal memenangi kejohanan Tour de France pada usia 22 tahun pada 2019, namun pelumba sensasi itu menarik diri apabila cedera pada pertengahan edisi perlumbaan 2020 dan tidak beraksi pada tahun berikutnya untuk berlumba dan memenangi Giro d’Italia.

Tanpa kehadirannya, pelumba Slovenia Tadej Pogacar dari Pasukan UAE Emirates memenangi kejuaraan Tour de France dan kini dianggap pelumba untuk ditewaskan.

Namun prospek melihat Bernal yang berusaha merampas gelaran itu daripada cengkaman Pogacar merupakan sesuatu yang menarik tumpuan.

Apabila majalah lumba basikal Mundo Cirlistico bertanyakan Bernal, yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-25 pada Januari, sama ada dia akan berlumba dalam Tour de France pada 2022, dia mengesahkan dia akan mengambil bahagian.

“Jawapannya adalah ya. Ia sudah jelas. Kami akan menumpu pada latihan, persiapan dan bersedia untuk bertanding di Tour de France tahun ini,” katanya.

Jelajah 2022 bermula dengan tiga peringkat di Copenhagen dan dalam kata-kata pereka Thierry Gouvenou, hanya bersesuaian dengan ‘pelumba lengkap, yang mampu bertahan di mana-mana permukaan dan dalam mana-mana keadaan. – AFP