Bernal kecundang di Jelajah Perancis

GRENOBLE, PERANCIS, 16 SEPT – Pemenang tahun lalu Egan Bernal menarik diri dari Jelajah Perancis hari ini dengan misi mempertahankan kejuaraannya telah pun musnah.

Pelumba Colombia berusia 23 tahun dari pasukan Ineos mengumumkan dia akan menarik diri sebelum kejohanan peringkat ke-17.

Bernal menyertai Jelajah dengan kecederaan belakang dan dua daripada pasukannya mengalami kecederaan sebelum Bernal sendiri kecundang pada peringkat pendakian pada Ahad sekali gus menamatkan kempen 2020nya apabila dia ketinggalan lapan minit di belakang pelumba lain.

“Ia jelasnya bukan cara saya mahu Jelajah Perancis berakhir, tetapi saya bersetuju ia merupakan keputusan yang betul untuk saya dalam situasi ini,” kata Bernal dalam satu kenyataan dari Ineos.

Peringkat hari ini membawa kumpulan pelumba ke kemuncak tertinggi dalam perlumbaan tahun ini yang menyerupai satu peringkat di mana pelumba dari Andes itu meraih kemenangannya pada tahun lalu.

Pelumba Slovenia Primoz Roglic mengetuai jelajah, bersaing untuk pasukan Jumbo yang telah mengatasi Ineos pada tahun ini. Seorang lagi pelumba Slovenia, Tadej Pogacar, menduduki tempat kedua dan sekumpulan pelumba lain masih berada dalam perlumbaan dengan peluang memenangi tiga kedudukan teratas.

Bernal berada di tempat ke-16 dalam senarai dan pasukannya gagal menemui rentak mereka dalam perlumbaan.

“Kami telah menerima keputusan ini dengan mengambil kira kepentingan Egan,” kata ketua pengurus Ineos Dave Brailsford. – AFP

Pelumba Colombia Egan Bernal dan Peter Sagan dari Slovakia berlumba pada akhir peringkat ke-16 Jelajah Perancis dari La Tour-du-Pin ke Villard-de-Lans pada 15 September 2020. – AP