Bernardo Silva selamatkan Citizens

LEICESTER, 12 SEPT – Pep Guardiola mengakui dia gembira mengekalkan Bernardo Silva (gambar) di Manchester City selepas pemain perancang tengah Portugal itu membantu kemenangan 1-0 di Leicester semalam.

Jaringan pada separuh masa kedua Silva memberi City kemenangan ketiga berturut-turut bagi merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.

Pemain berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari pasukan juara bertahan itu pada musim jendela perpindahan lalu selepas Guardiola mengakui risau dengan pengurangan masa permainan pemain itu pada musim lalu.

Tetapi jendela perpindahan ditutup dengan Silva masih di Stadium Etihad dan pengurus City, Guardiola tidak mempunyai masalah dengan perkara itu. “Ia bukan sahaja mengenai kualiti permainannya atau prestasi menakjubkan atau etika kerja dimiliki,” kata Guardiola.

“Kami gembira dia berada di sini dan kita lihat nanti apa akan berlaku pada masa depan.
“Dia beraksi baik dalam dua perlawanan lalu dan sekali lagi pada hari ini. Gandingan bersama Jack (Grealish) dan Joao (Cancelo) adalah bijak.”

Schmeichel menyelamatkan tandukan dari Gabriel Jesus pada minit ke-6 menerusi hantaran Silva di sebelah kiri. – AFP