Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    ‘Berpantang maut sebelum ajal’

    WELLINGTON, 11 SEPT – Seorang pendaki yang terjatuh 600 meter ke bawah salah sebuah gunung paling berbahaya di New Zealand adalah ‘amat bertuah’ kerana terselamat selepas mendarat di atas salji, kata polis hari ini.

    Lelaki itu bersama sekumpulan pendaki yang menghampiri puncak Gunung Taranaki yang dilitupi salji di North Island, New Zealand apabila dia tergelincir dan terjatuh.

    Konstabel kanan, Vaughan Smith berkata, pendaki yang tidak dikenal pasti itu mengalami kecederaan ringan semasa terjatuh pada Sabtu.

    “Disebabkan cuaca musim bunga baru-baru ini, ais menjadi lembut dan salji telah menyelamatkan kejatuhan pendaki. Dia sangat bertuah kerana masih hidup,” kata Smith dalam satu kenyataan.

    “Ini adalah bidang yang mencabar dan apabila berlaku masalah selalunya terdapat akibat yang serius.”

    Pendaki itu tergelincir di kawasan sama di mana dua pendaki gunung lain terkorban pada 2021. Seorang pendaki Perancis maut selepas jatuh dari puncak sama pada 2016. – AFP

    Gambar hiasan dari Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...