Berpindah kerana tertekan?

Khabar angin mengenai penyanyi Kang Daniel berpindah keluar dari rumahnya di UN Village gara-gara tertekan dengan berita mengenai hubungan cintanya dengan Jihyo Twice dinafikan agensi Konnect Entertainment.

Menurut laporan Allkpop.com, agensi itu akan memastikan tiada perubahan dibuat meskipun penyanyi itu terpalit kontroversi berkenaan.

“Gosip itu adalah tidak benar. Kang Daniel tidak pernah berpindah keluar dari UN Village. Bagaimanapun berhubung kehidupan peribadinya, kami tidak boleh memberi sebarang kenyataan,” kata agensi. Tambah agensi itu lagi, anggota kumpulan Wanna One itu masih menetap di rumahnya di kawasan UN Village dan tiada sebarang perubahan seperti mana didakwa sebelum ini.

“Kang Daniel masih menetap di UN Village,” katanya. Media tempatan, Sports Chosun sebelum ini melaporkan Kang Daniel akan berpindah keluar dari UN Village. – Agensi

Kang Daniel masih menetap di rumahnya kawasan UN Village. – Agensi