Berpotensi jadi pembekal produk makanan

KOTA BELUD, 18 NOV – Sabah berpotensi menjadi pembekal produk makanan kepada penduduk di negara ini kerana mempunyai kawasan tanah yang luas untuk aktiviti penanaman.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehuddin Hassan berkata ketika ini negara masih mengimport kira-kira RM52 bilion produk makanan dari negara luar. “Oleh itu, kami lihat Sabah merupakan antara negeri yang mampu menyediakan produk pertanian yang boleh dibawa ke Semenanjung bagi mengurangkan import dari luar negara,” katanya. – Bernama