Berpuasa tahun kelima memberi makna kepada keluarga saudara baharu

KENINGAU, 15 Mei – “Kami sangat berbangga menganut agama Islam,” kata Mohamad Hafiz Abdullah, 38, yang nama asalnya James Wong.

“Alhamdulilah, kami berjaya mengharungi cabaran puasa sama seperti yang dikerjakan oleh penganut agama Islam yang lain,” katanya mewakili 30 keluarga saudara baru kaum Tionghoa di Kampung Mansiang Sook dekat sini.

Bulan Ramadan tahun ini adalah tahun kelima mereka menunaikan ibadah puasa.

Hafiz, yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), memberitahu Bernama, Kampung Mansiang yang terletak di tengah hutan belantara kira-kira sembilan kilometer dari Pekan Keningau, diasaskan oleh datuknya kira-kira 40 tahun lepas.

Katanya banyak sejarah dilakarkan di kampung ini (Kampung Mansiang), pertamanya kampung ini diasaskan oleh kaum Tionghua jauh di tengah hutan. – Bernama

SAHAM
TerdahuluKhamis, 16 Mei 2019
SeterusnyaJokowi mendahului undi