Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berpuluh-puluh maut serangan AS di Raqa

    BEIRUT, 22 Ogos – Berpuluh-puluh orang awam mati dalam masa dua hari serangan sengit diketuai AS di Raqa, pemerhati mengatakan hari ini, ketika pertempuran merampas semula bandar Syria dari IS adalah berhampiran kawasan padat penduduk.

    Sekurang-kurangnya 250 serangan diketuai AS dilancarkan ke bandar Raqa dan sekitarnya dalam masa minggu lalu, menurut seorang jurucakap pakatan memberitahu AFP, ketika Angkatan Demokratik Syria (SDF) disokong AS melakukan serangan di bandar itu.

    SDF setakat ini menawan hampir 60 peratus Raqa, menurut pemerhati, membuatkan kumpulan IS dalam kawalan kira-kira 10km persegi di pusat bandar.

    Namun ketika pertempuran menghampiri tengah Raqa, pemerhati dan aktivis melaporkan berpuluh-puluh maut dalam pengeboman intensif ke atas bandar itu.

    Pada Isnin, serangan diketuai AS membunuh sekurang-kurangnya 42 orang awam di beberapa kejiranan di Raqa bawah kawalan IS, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Britain berpangkalan di Syria.

    Seramai 19 orang kanak-kanak dan 12 wanita adalah antara yang maut. Itu menjadikannya 167 orang jumlah orang awam terbunuh dalam serangan pakatan semenjak 14 Ogos, selepas pemerhati mengatakan sekurang-kurangnya 27 maut pada Ahad. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda