Berpuluh-puluh pembantah lepaskan diri dari kampus

HONG KONG, 18 NOV – Berpuluh-puluh pembantah Hong Kong melepaskan diri daripada kepungan dua hari polis di sebuah kampus lewat hari ini dengan memanjat turun menggunakan tali dari sebuah jambatan ke arah motosikal yang menunggu dalam satu cubaan melepaskan diri dramatik dan berbahaya susulan amaran Beijing yang diperbaharui bagi kemungkinan campur tangan menamatkan krisis yang menyelubungi bandar raya itu.

Pertempuran terus tercetus seharian antara pembantah dan polis yang mengancam menggunakan kekerasan untuk menghalau aktivitis yang berkubu di Universiti Politeknik Hong Kong (PolyU).

Pengepungan universiti menjadi medan pertempuran antara polis Hong Kong dan aktivis gerakan pembantah yang semakin inovatif. Lewat hari ini, berpuluh-puluh pembantah berpakaian serba hitam menggunakan tali untuk turun beberapa meter ke atas laluan jalan di mana mereka diambil oleh penunggang motosikal yang menanti.

Manakala dalam satu usaha yang diselaraskan, beribu-ribu penduduk Hong Kong mara ke arah kampus PolyU dalam usaha memecahkan kepungan, ketika pertempuran berterusan marak dengan polis berhampiran Kowloon. – AFP

Pembantah melarikan diri untuk berlindung selepas polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata di jambatan yang menjadi tempat mereka memanjat turun ke jalan raya bagi melarikan diri dari kepungan polis di kampus PolyU. – AFP