Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Berrettini melangkah ke suku akhir kejohanan Queen’s

    LONDON, 17 JUN – Juara bertahan Queen’s, Matteo Berrettini memerlukan tiga set perlawanan untuk menyingkirkan Denis Kudla ketika dia akhirnya mara ke perlawanan suku akhir dalam kejohanan tersebut, kelmarin.

    Berrettini memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-6, 7-6 (7/5), 6-4 tetapi kemenangan tersebut bukan sesuatu yang mudah dicapai oleh pemain berusia 26 tahun.

    Pemain dari Itali itu mengalami kesukaran ketika saingannya, pemain Amerika Syarikat itu mendahului set pertama. Sebelumnya, Berrettini pernah ditewaskan dalam perlawanan perseorangan Wimbledon pada tahun lalu oleh Novak Djokovic,memenangi set kedua menerusi keputusan tie-breaker.

    Dalam perlawanan tersebut, Berrettini akhirnya meraih mata servis dalam perlawanan kesembilan bagi mendapatkan mata penentuan sebelum melakukan servis dalam set terakhir selepas beraksi selama dua jam dan 47 minit di gelanggang tenis, di Queen’s, barat daya London.

    Dengan kemenangan itu, pemain nombor ke-10 dunia, Berrettini akan menentang Tommy Paul dalam perlawanan separuh akhir selepas dia menewaskan juara Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka dengan keputusan 6-1, 6-4.

    Wawrinka terlepas banyak pertandingan pada tahun lalu kerana mengalami kecederaan pada kakinya yang memerlukan dia menjalani dua pembedahan dan dia pada masa ini, berada di ranking dunia ke-290 serta ingin melakukan yang terbaik untuk menaikkan rankingnya.

    Kejayaan yang diraih oleh Berrettini bermakna sekurangnya dua pemain pilihan masih akan menyertai perlawanan pemanasan badan Wimbledon berikutan dengan kemenangan Marin Cilic, baru-baru ini. Sementara itu, Casper Ruud, Cameron Norrie, Taylor Fritz, Diego Schwartzman, Denis Shapovalov dan Reilly Opelka berdepan dengan kekalahan dalam perlawanan untuk mara ke suku akhir. – AFP

    Aksi Matteo Berrettini ketika membalas pukulan Denis Kudla dalam perlawanan perseorangan di Queen’s, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...