BEIJING, 6 September 2012 – Wanita-wanita muda China yang bergaun labuh dengan sandal bertali, duduk dalam barisan dengan memegang borang yang menyenaraikan berat badan dan ukuran badan mereka, ketika mereka menanti untuk ditemu duga dengan ‘perunding penampilan’.
Berpakaian seolah-olah untuk peraduan kecantikan, mereka adalah di kalangan lebih 1,000 pembida untuk memasuki peringkat seterusnya persaingan aneh ini, peluang menyertai kumpulan seramai 50 orang yang bersaing untuk berkahwin dengan jutawan.
Proses ujian meliputi segala-galanya daripada paras rupa dan pendidikan hinggalah latar belakang keluarga dan keserasian astrologi. Lima puluh peserta yang bernasih baik berpeluang bertemu dengan 32 orang lelaki yang nilai kekayaan mereka kira-kira 100 juta yuan.
Meskipun ia adalah pengukuran keterlaluan, acara cari jodoh yang diatur oleh Kelab Usahawan China Untuk Orang Bujang di Beijing memperlihatkan cabaran yang meningkat dalam mencari isteri di China.
“Saya tidak perlu menjadi kaya, saya hanya mengatakan saya mahu berkemampuan untuk mempunyai gaya hidup yang baik,” kata Zeng Xie, 25, yang mendaftar ke temu duga itu dengan ditemani ibunya.
Ibu Zeng, Niu, menilai peluang anak perempuannya mencari cinta di bandar itu sebagai rendah dan meratapi ketidaksediaan anaknya itu untuk pulang ke bandar asal keluarga.
“Dia mempunyai banyak kualiti hebat, dengan itu dia mempunyai standard tinggi,” kata Niu.
Para pakar mengatakan tuntutan harta benda sesetengah anak-anak muda di China meningkat ketika kekayaan negara bertambah, dengan pemilikan rumah adalah keperluan biasa, menurut pakai sosiologi Tale, Deborah Davis.
Permintaan meningkat bagi bakal isteri/suami telah menjadi tumpuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini ekoran rancangan janji temu popular yang disiarkan di televisyen yang memaparkan kebendaan begitu mengejutkan.
Seorang peserta wanita menolak seorang bakal pelamar dengan berkata ‘lebih baik dia menangis dalam sebuah kereta BMW daripada ketawa di kerusi belakang basikal,’ manakala yang lain meminta 200,000 yuan untuk membolehkan seorang lelaki menyalami tangannya.
Kelab Usahawana China untuk Orang Bujang memerlukan para lelaki untuk mengesahkan nilai bersih pendapatan mereka dan membayar 200,000 yuan. Separuh adalah mereka yang telah bercerai dan separuh lagi yang mempunyai anak, faktor yang mungkin membuatkan beberapa wanita teragak-agak.
Kriteria bagi wanita adalah tuntutannya. Mereka seharusnya berusia 20 hingga 28 tahun, dengan ketinggian 165 sm atau lebih tinggi lagi, cantik dan lembut dengan pendidikan sekurang-kurangnya kolej rendah.
Mereka tidak boleh terlalu miskin atau mereka akan menjadi pisau cukur dan mereka juga tidak boleh terlalu kaya dan tidak menghargai nilai wang yang sukar didapati.
Wanita-wanita itu bukan sahaja dinilai oleh perunding penampilan tetapi juga tiga orang lagi yang mengajukan soalan seperti bagaimana mereka menangani tekanan, bagaimana ibu bapa menggambarkan mereka dan apa yang mereka inginkan dalam ciri-ciri seorang lelaki?
Sesetengah mereka menegaskan lebih mengutamakan perhatian daripada wang.
Zeng berkata dia berpuas hati dengan gaji bulanannya sebanyak 30,000 yuan dan sebagai model sekali skala. Dia mencari seorang suami yang bertanggungjawab dan melayannya dengan saksama.