BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Progresif Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB), baru-baru ini, telah menjalankan kempen sumbangan Ramadan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada kempen amal dua hari.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, 15 buah keluarga dari empat daerah telah menerima sumbangan keperluan asas termasuk bekalan makanan dan barang runcit untuk membantu mereka dalam melaksanakan kewajipan Ramadan.
Beberapa rakan termasuk The New Dawn Company, Indofood, Nexploit Services dan Brunei Timber turut menyumbang dalam kempen tahun ini. Manakala itu, pengangkutan bagi projek tersebut disediakan oleh Premier Motors Brunei.
Wakil Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Tajaan Progresif, Amilin Mat Sah dipetik berkata, “Progresif dan rakan-rakannya akan terus menyumbang untuk membantu mengurangkan beban komuniti menerusi inisiatif CSR.
“Bermula kempen sumbangan ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, malahan mempromosikan budaya sedekah, terutamanya semasa bulan suci Ramadan,” tambah beliau.
Sementara itu, Naib Presiden YEAB, Louis Loo berkata, “YEAB sangat berterima kasih atas sokongan daripada rakan-rakan kami. Ia (kempen) tidak akan berjalan lancar tanpa sumbangan daripada ahli-ahli dan rakan kami.”
