Bersama berganding bahu tangani pandemik global

ISTANBUL, TURKI, 9 APRIL – Setiap kali berlaku sahaja bencana, kita cenderung berfikir bahawa dunia kini tidak lagi sama seperti dahulu.

Ini dapat diperhatikan dengan keadaan dunia yang kini sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 yang telah meragut ribuan korban di seluruh dunia dan merubah keadaan dunia menjadi huru-hara.

Saban tahun kita sering mendengar krisisi peperangan, kesengsaraan dan sebagainya, tetapi kini dunia sedang berdepan pula dengan penularan wabak tersebut yang turut menjejaskan perekonomian sehingga ke tahap yang sangat teruk.

Menteri Luar Negeri Turki, Mevlut Cavusoglu dalam penulisannya yang disiarkan dalam akhbar luar negara, mengatakan pandemik yang dihadapi kini memaksa penduduk dunia untuk berjauhan sesama masyarakat, dan individu serta memerlukan kita mengamalkan penjarakkan sosial.

Beliau menulis, jangkitan kini semakin menular di serata dunia dengan bilangan kematian meningkat hari demi hari, di mana penduduk dunia kini diperintahkan untuk sentiasa berada di dalam rumah bagi mengekang penularan COVID-19.

Mevlut Cavusoglu berkata institusi antarabangsa yang berkaitan harus mengambil peranan yang berkesan dalam bantuan peralatan kewangan dan perubatan.

İmpak terhadap ekonomi pula dilihat semakin membimbangkan di mana jika pandemik ini tidak dapat dikawal, ekonomi dunia mungkin berdepan dengan kelumpuhan dalam jangka masa yang panjang.

“Kerajaan Turki kini bersedia untuk mengambil langkah tertentu untuk memperbaharu sistem pengurusan dalam membendung penularan wabak ini, di mana kami menganggapnya sebagai satu perjuangan. Sebagai negara yang perlu menangani pelbagai konflik di kawasan kejiranan, Turki akan terus mengorak langkah ke hadapan bagi menangani semua masalah yang berlaku.

“Keutamaan kami adalah untuk melindungi kesihatan dan keselamatan penduduk daripada COVID-19. Kami menyokong pernyataan G20 yang tepat pada masanya yang mana para pemimpin komited untuk bertindak secara bersepadu memerangi pandemik dan melindungi ekonomi global serta perdagangan tanpa batasan,” jelasnya.

“Pelanjutan perjanjian SWAP telah menjadi antara langkah penting yang dipersetujui oleh G20. Kami gembira cadangan kami untuk membentuk Kumpulan Penyelaras Pegawai Kanan disokong tatkala kami perlu menyelaras dengan teliti mengenai isu-isu seperti pengurusan sempadan dan penghantaran pulang rakyat.

Menurutnya, cabaran global memerlukan respons global, iaitu paling utama ialah terhadap kesihatan awam dan kemudian dalam ekonomi, dan dalam jangka panjang dalam pembaharuan institusi antarabangsa dan cara negara menyokong mereka.

Institusi antarabangsa yang berkaitan harus mengambil peranan yang berkesan dalam bantuan pembiayaan kewangan dan perubatan.

Rangkaian bekalan global dan bantuan mesti terus dilaksanakan tanpa halangan.

Jelasnya, generasi pemimpin masa ini sebenarnya akan menentukan masa depan dunia dengan keputusan yang mereka ambil dalam menangani pandemic.