Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bersama dukung celik kewangan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Dalam usaha memberikan kesedaran awam mengenai kepentingan pengurusan kewangan bagi persediaan awal masa depan, lima orang pegawai dari Program Pembangunan Eksekutif kelolaan Universiti Teknologi Brunei (UTB) bagi Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-31 telah mengungkayahkan inisiatif untuk membentuk platform celik kewangan, dengan kerjasama Big BWN Project dan konsultan kewangan dari BR-Kelvin Pong, Kelvin Pong Ming Onn.

    Menurut kenyataan yang diberikan, majlis pelancaran platform berkenaan yang berlangsung di Dewan Autidtorium iCentre, baru-baru ini, dilaksanakan dengan sesi pertama bengkel bertajuk $et for Life: Financial Planning for your Future bagi belia-belia yang berminat terutama dalam lingkungan usia 35 tahun dan ke bawah. Manakala sesi kedua bengkel pula dilaksanakan dua hari lalu.

    Objektif utama bengkel berkenaan adalah untuk memberikan kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai pendekatan pengurusan kewangan yang efektif dan cekap.

    Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kebo-lehan masyarakat dalam mengurus pendapatan bulanan dan meningkatkan kemahiran membuat keputusan yang tepat dalam aspek kewangan.

    Demi memastikan kesinambungan usaha mendokong inisiatif celik kewangan di negara ini, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Pengasas BR-Kelvin Pong, Kelvin Pong Ming Onn bersama Pengarah Big BWN Project, Dayang Noorhafizah binti Haji Rashid.

    Menerusi MoU berkenaan, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengendalikan bengkel yang sama secara tahunan, sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun.

    Para peserta semasa sesi bengkel kesedaran celik kewangan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...