Sunday, March 26, 2023
29.2 C
Brunei

-

Bersama jaga kebersihan kawasan masjid

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Dalam usaha untuk menjaga kebersihan kawasan masjid, ahli-ahli Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampung Tungku dan penduduk sekitarnya telah mengadakan gotong-royong menebang pokok dan menanam bunga sempena lima tahun penubuhan masjid berkenaan, di sini, hari ini.

Kempen yang disertai oleh lebih 30 orang itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan jemaah masjid, selain membina hubungan dengan penduduk kampung serta meningkatkan kesedaran dalam menjaga kebersihan masjid yang merupakan tanggungjawab bersama.

Dalam memeriahkan lagi penubuhan masjid berkenaan, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan yang antaranya aktiviti mewarna untuk kanak-kanak selain Peraduan Membaca Surah Al-Fatihah yang akan diadakan pada sebelah malam.

Kerja membersihkan dan mencantikkan masjid dilakukan oleh jemaah masjid dan penduduk kampung sekitarnya.
Kerja membersihkan dan mencantikkan masjid dilakukan oleh jemaah masjid dan penduduk kampung sekitarnya.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -