Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama jaga kebersihan sekolah

    TUTONG, 20 Jan – Dalam usaha menjadikan kawasan persekolahan lebih kondusif untuk pembelajaran, seramai 50 orang warga sekolah, ibu bapa dan penduduk Kampung Danau hari ini menyertai kempen kebersihan di Sekolah Rendah Danau.

    Kempen yang diadakan dengan kerjasama Sekolah Rendah Danau, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Danau, Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) sekolah itu dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Danau diketuai oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit, Pemangku Ketua Kampung Danau, Haji Abdullah bin Haji Mohammad Tahir dan Guru Besar Sekolah Rendah Danau, Kluster 5, Hajah Zirwatul Yusrani binti Haji Awang Besar.

    Menurut Hajah Zirwatul, kempen kebersihan ini merupakan salah satu inisiatif sekolah untuk mengindahkan persekitaran sekolah bagi keselesaan murid-murid sekolah itu.

    Menurutnya lagi, ia juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan interaksi ibu bapa, penduduk kampung dan guru-guru yang baru bertugas di sekolah tersebut tahun ini.

    Bergambar ramai antara yang hadir mengikuti kempen kebersihan tersebut.
    Bergambar ramai antara yang hadir mengikuti kempen kebersihan tersebut.
    Semasa kempen kebersihan itu dijalankan.
    Semasa kempen kebersihan itu dijalankan.

    Manakala Haji Abdullah ketika ditemu bual menjelaskan bahawa beliau berbesar hati dapat membantu pihak sekolah menjalankan kempen itu.

    Menurutnya, kempen ini selain mengeratkan hubungan antara warga sekolah, penduduk kampung dan ahli MPK, ia juga dapat menyatupadukan lagi masyarakat setempat dan menggalakkan masyarakat untuk tidak ‘camah mata’ serta memupuk kesedaran dan amalan kebersihan persekitaran.

    Kempen membersihkan sekolah itu melibatkan kerja-kerja seperti memotong rumput, membuang sampah, memotong pohon kayu mati dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda