Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama menambah tabung simpanan darah

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan – Lebih 80 orang pegawai dan kakitangan Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd mengambil bahagian di dalam kegiatan amal menderma darah yang berlangsung di Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di sini, hari ini.

    Koordinator Pembersih, Dayang Siti Nor binti Haji Abdul Hamid, ketika ditemui berkata, kempen menderma darah telah berlangsung sejak 3 Januari yang lalu bagi kakitangan Syarikat Borneo United Enterprise yang bertugas di Hospital RIPAS.

    Hari ini, tambah beliau, lebih 60 orang kakitangan yang bertugas di syarikat-syarikat lain mengambil bahagian dalam kempen anjuran syarikat berkenaan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah sebagai salah satu projek kebajikan tahunan.

    Para pegawai dan kakitangan Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd semasa kempen menderma darah dijalankan.
    Para pegawai dan kakitangan Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd semasa kempen menderma darah dijalankan.

    Jelasnya, kegiatan amal ini merupakan kegiatan tahunan dan merupakan kali pertama bagi tahun 2017, yang mana pada tahun lepas kegiatan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pegawai dan kakitangan syarikat.

    Syarikat berkenaan telah mengadakan kempen berkebajikan berkenaan sejak lebih tujuh tahun lalu sebagai sebahagian daripada kegiatan untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat terutamanya bagi para pesakit yang memerlukan darah.

    Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd berharap, kempen menderma darah berkenaan akan terus diungkayahkan pada bulan-bulan akan datang untuk membantu menambahkan lagi simpanan darah bagi kegunaan pihak Pusat Pendermaan Darah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda