Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersama mendukung Wawasan Brunei 2035

    Oleh Pg Fairol RMF

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Seramai 35 orang lepasan ijazah telah meneruskan lagi Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan menghadiri sesi Taklimat Wawasan Brunei 2035 yang berlangsung petang tadi di Bilik Taklimat JPM, petang hari ini.

    Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II Pejabat Wawasan 2035, Dayangku Hajah Amanina Syazwani binti Pengiran Haji Aliudin.

    Beliau dalam taklimatnya telah menyentuh mengenai beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh JPM untuk memberigakan Wawasan Brunei 2035, antaranya pembangunan laman sesawang bagi Wawasan Brunei 2035, promosi-promosi melalui pengiklanan di Radio Televisyen Brunei dan rangkaian-rangkaian radio, bengkel dan taklimat.

    Taklimat tersebut adalah sebagai salah satu inisiatif untuk memberigakan Wawasan Brunei 2035 yang mana Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 turut mengikuti inisiatif-inisiatif dan program yang diungkayahkan oleh Jabatan Penerangan seperti Program Perkampungan Kursus Sivik.

    Salah satu sasaran pemberigaan Wawasan Brunei 2035 adalah kepada golongan belia kerana mereka memainkan peranan penting untuk menjayakan wawasan berkenaan dan yang akan menerajui perkembangan negara pada masa hadapan.

    Sebarang pertanyaan mengenai Wawasan Brunei 2035 bolehlah dihadapkan kepada Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 melalui e-mel wb2035@jpm.gov.bn.

    Dayangku Hajah Amanina Syazwani semasa menyampaikan taklimat tersebut.
    Antara yang hadir pada sesi Taklimat Wawasan Brunei 2035.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda