Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bersama meriahkan Dudun DBP di Pekan Tutong

    Oleh Syahmi Hassan

    TUTONG, 1 SEPT – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), melalui Bahagian Pembinaan dan Pengem-bangan Bahasa akan mengadakan Dudun DBP ke Daerah Tutong bersempena Sambutan Bulan Bahasa 2022 pada acara Tutongku Ceria, 4 September ini. Dudun DBP ke daerah-daerah merupakan satu daripada inisiatif pemartabatan Bahasa Melayu yang bertujuan untuk menanamkan sikap positif masyarakat bagi memelihara, memperkasakan dan mendaulatkan Bahasa Melayu, selain menggemakan dan menyemarakkan sambutan Bulan Bahasa ke seluruh negara.

    Ia juga bertujuan mempertingkatkan kefahaman kepentingan Bahasa Melayu dalam kalangan penduduk kampung dan masyarakat awam; menyebarluaskan dan memastikan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan benar kepada khalayak sasar dalam skala yang besar demi meningkatkan kemahiran serta mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengungkap ilmu; dan membantu membetulkan kesalahan-kesalahan lazim dalam pertuturan mahupun penulisan, terutama dalam urusan peribadi mahupun rasmi.

    Dudun DBP itu akan diadakan setiap dua bulan sekali di keempat-empat daerah bermula dengan Daerah Tutong pada Ahad ini di Kompleks Bunga Chempaka, Kampung Petani, Pekan Tutong bermula jam 8 pagi hingga selesai.

    Ia dijangka dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.

    Sehubungan itu, DBP menyeru orang ramai bersama-sama memeriahkan acara itu yang akan diisikan dengan aktiviti-aktiviti seperti ‘Apa Bendanya tu?’, Cambah Kata, Junjung Dialek, Cantum-cantum (teka-teki), Sahiba Rumi, Teka Parambahan Brunei, Capat-capat Manang, Kuiz Pustaka, Baca dan Rol, Ular dan Tangga, lagu kanak-kanak tradisi Brunei, lakaran dalam kegelapan, roda putar, cerdik dan ceria, serta pameran dan jualan buku.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...