Bersama meriahkan ‘JP Night Market’

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Jerudong Park Country Club (JPCC) akan mengadakan ‘JP Night Market’ pada malam minggu ini di kawasan letak kereta, Jerudong Park Amphitheatre.

Acara berkenaan akan mengetengahkan lebih 40 petak jualan yang merangkumi gerai makanan dan ‘Car Boot Sale’ yang akan menjual pelbagai barangan malah JPCC juga akan menawarkan tiket kemasukan Jerudong Park pada harga istimewa dengan setiap pembelian di gerai-gerai jualan.

Selain itu, acara juga akan dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Roket Kertas, Empty Wallet, Khairul Alimin, Kala K dan Shah.

Pada malam itu nanti, persembahan ‘Musical Fountain’ akan diadakan di Jerudong Park Garden.

Oleh yang demikian, JPCC mengalu-alukan orang ramai untuk hadir memeriahkan acara tersebut sambil bersantai bersama keluarga dan pada masa yang sama menyokong usahawan-usahawan tempatan dengan kemasukan percuma ke tempat letak kereta Jerudong Park Amphitheatre.