Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Bersama meriahkan Riadah Brisk Walk

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Lebih daripada 100 orang pemimpin sekolah dan keluarga mereka, berkumpul dari awal pagi lagi untuk sama-sama memeriahkan, menyertai dan menyokong usaha mengamalkan gaya hidup aktif menerusi Aktiviti Riadah Brisk Walk yang berlangsung di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir menyempurnakan pelepasan dan sama-sama menyertai aktiviti itu ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

    Acara turut dihadiri dan disertai oleh timbalan-timbalan setiausaha tetap Kementerian Kesihatan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pemimpin-pemimpin sekolah serta ahli keluarga mereka.

    Majlis dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan diteruskan dengan pelepasan acara berjalan kaki oleh Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati serta jemputan khas di mana para peserta berjalan kaki mengelilingi Taman Mahkota Jubli Emas.

    Acara itu dianjurkan oleh Majlis Pemimpin Sekolah Brunei Darussalam di mana ia bermatlamat untuk meningkatkan perpaduan dan mengeratkan hubungan muhibah, kerjasama dan silaturahim dalam kalangan pemimpin induk serta pemimpin sekolah.

    Ia juga dihasratkan meningkatkan kesedaran dan mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

    Para pegawai kanan dan pemimpin sekolah serta ahli keluarga sama-sama menyertai kegiatan memanaskan badan sebelum acara Riadah Brisk Walk bermula di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...