Oleh Samli
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Jabatan Daerah Brunei dan Muara turut mengadakan majlis sambutan Hari Raya di Dewan Muhibah, jabatan berkenaan di Lapangan Terbang Lama Berakas, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim. Turut hadir bagi memeriahkan acara berkenaan ialah ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman@Othman selaku ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong.
Sementara itu, Pondok Burong Tiong Zon 2 turut didirikan oleh penghulu dan ketua kampung di bawah Mukim Serasa dan Mentiri.