Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Bagi membantu anak-anak yatim dan meringankan beban keluarga mereka dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, Giant
Hypermarket Tasek Rimba telah menyampaikan sumbangan kepada seramai 87 orang anak yatim dari RPN Kampung Rimba.
Penyampaian sumbangan telah diadakan di Ruang Legar, Giant Tasek Rimba, hari ini dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.
Sumbangan berupa wang, barang-barang keperluan asas serta makanan dihulurkan oleh pihak Pasar Raya Giant sendiri, para penyewa kedai di pasar raya berkenaan dan dermawan-dermawan yang tampil untuk menderma.
Majlis tersebut merupakan projek tahunan Giant Tasek Rimba sebagai sebahagian daripada tanggungjawab social korporat (CSR) bagi meringankan bebanan anak-anak yatim.
