Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Daerah Polis Brunei Muara, Balai Polis Muara turut tidak ketinggalan melaksanakan Program Pendekatan Pengawasan Kejiranan serta kunjungan Hari Raya ke rumah
ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji [email protected] selaku Ketua Kampung Sabun, Pekan Muara, Masjid Lama dan Pelumpong.
Rombongan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Muara, Penolong Penguasa Polis Zamri Salleh bin Haji Mahmud bersama lapan anggota Balai Polis Muara.
Program pendekatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi statistik jenayah dan lalu lintas yang berlaku kawasan kampung berkenaan, di samping bertukar pendapat dan cadangan untuk mempertingkatkan keselamatan di sekitar kampong.


































