Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bersangka baik dan positif hadapi ujian

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan KHEU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Dalam negara berhadapan gelombang ketiga jangkitan COVID-19, lebih-lebih lagi dengan adanya varian mudah berjangkit, Omicron, umat Islam dan rakyat negara ini disarankan untuk bersangka baik dan positif menghadapi ujian.

    Ini kerana dengan bersangka baik terhadap Allah SWT akan dapat melegakan hati dan seterusnya memberi jalan keluar daripada kesedihan dan kedukaan serta merasa yakin dan pasti bahawa Allah SWT akan membantu dan memberi jalan keluar daripada kesulitan yang dihadapi.

    Majlis diadakan setiap minggu itu telah disertai lebih 1,200 peserta secara maya bukan sahaja daripada kalangan warga KHEU, malahan para jemaah masjid seluruh negara, surau-surau hospital di bawah Kementerian Kesihatan serta orang awam.

    Hadir pada majlis kelmarin ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Haji Badaruddin dalam tazkirahnya turut menekankan bahawa Islam menuntut umatnya sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT, dan dilarang bersangka buruk terhadapNya dan berputus asa atau berputus harapan terhadap rahmatNya.

    Beliau turut menambah, Allah SWT akan memperlakukan kita sebagaimana sangkaan kita terhadapNya. Apabila kita bersangka baik terhadapNya, seperti berharap dan yakin mendapat keampunanNya, nescaya kita akan diampunkan. Begitu juga apabila kita bersangka baik bahawa Allah SWT akan menghilangkan keresahan dan kesedihan kita.

    Terdahulu, majlis turut diserikan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, diikuti bacaan Surah Yasin beramai-ramai seterusnya Doa Munajat, bacaan Selawat Ibrahimiyyah dan diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Dengan adanya majlis sedemikian, ia bermatlamat untuk bersama-sama mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah SWT dengan bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yasin, berzikir, berselawat dan merafakkan doa secara serentak beramai-ramai dengan harapan agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam terhindar dan terselamat dari segala bala bencana dan penyakit merbahaya, khasnya wabak COVID-19.

    Menteri-menteri Kabinet dan orang awam semasa menyertai Majlis Malam Munajat ke-22 secara maya kelmarin.
    Majlis tersebut turut disertai lebih 1,200 peserta secara maya bukan sahaja daripada kalangan warga kementerian kerajaan, malahan para jemaah masjid seluruh negara.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...