Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersatu perangi jenayah transnasional

    MANILA, 20 Sept – Agensi Penguat kuasa Dadah Filipina (PDEA) dan Polis Diraja Thailand (RTP) telah menandatangani memorandum sefahaman (MoU) untuk mengukuhkan usaha sama untuk memerangi jenayah transnasional berkaitan perdagangan dadah berbahaya dan mengawal bahan dan kimia penting.

    Ketua Pengarah PDEA Aaron Aquino dan Jeneral Polis Sutep Dechrugsa, Timbalan Jeneral Pesuruhjaya RTP telah menandatangani MOU semalam di ibu pejabat kebangsaan PDEA di Bandar Quezon.

    Di bawah MOU, antara lainnya kedua-dua negara bersetuju untuk mewujudkan dan mengekalkan saluran perhubungan untuk memudahkan pertukaran cepat dan tempat pada masanya, maklumat berkaitan berhubung jenayah, suspek perdagangan dadah dalam perdagangan dadah seberang sempadan, kemungkinan kegiatan pembersihan wang, kaedah perdagangan dadah dan kemungkinan laluan mereka, kaedah penyembunyian dalam pengangkutan dadah, bentuk dadah baru dan yang muncul.

    MOU juga bertujuan mengukuhkan bantuan kerjasama antara PDEA dan RTP dalam pertukaran berkesan amalan terbaik bagi pembinaan kapasiti dan pembangunan profesional, terutamanya pertukaran kakitangan bagi latihan dan pendidikan; menjalankan dan penglibatan dalam program latihan, seminar, bengkel dan kegiatan lain; dan bahan lain, teknikal, nasihat dan bantuan kepakaran.

    Selain itu, kedua belah pihak berjanji akan bekerjasama dalam menjalankan operasi antidadah dan menyediakan bantuan antara satu sama lain untuk menghalang perdagangan dadah, termasuklah penghantaran terkawal dan pemantauan pengedaran dadah.

    Aquino berkata “Dengan menyedari penggunaan dan perdagangan dadah memperlihatkan ancaman serius terhadap budaya negara, agama, politik, keluarga, keselamatan, kesihatan dan ekonomi, Filipina dan Thailand berjanji akan bekerjasama untuk membebaskan wilayah mereka dari cengkaman dan ancaman dadah.”

    Ketua PDEA mengatakan “PDEA dan RTP komited akan mencegah dan menumpaskan aliran dadah haram masing-masing di negara mereka seperti yang dibayangkan dalam Perjanjian Kerjasama berhubung Pencegahan dan Memerangi Kegiatan Jenayah, 19 Disember 1998.” – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda