Bersedia dengan segala kemungkinan

Akur dengan konsep program realiti yang penuh kejutan membuatkan Noorshila Amin reda gagal menempah tempat ke pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6).

Biarpun ada pihak tidak berpuas hati dengan penyingkirannya, malah mendakwa ada unsur sabotaj, namun Noorshila atau lebih mesra disapa Mama Shila, mengaku bersedia dengan segala kemungkinan.

Ditanya tidakkah kenyataan itu boleh mengundang spekulasi dan berunsur prejudis terhadap kredibiliti program berkenaan, Noorshila lebih lebih selesa membiarkan khalayak menilai.

“Terserah bagaimana pemahaman anda terhadap kenyataan Mama itu. Mama tak kata disabotaj. Terpulang kepada khalayak untuk menilai kenyataan itu. Apa yang penting, Mama sudah buat yang terbaik dan beri harapan kepada peminat serta pengikut Mama,” katanya.

Noorshila membuktikan ramalan bakal tersingkir pada minggu ketujuh ketika mendendangkan lagu Vroom Vroom, tersasar.

Selain Noorshila yang popular dengan lagu Kad Ucapanmu dan Aku Sudah Jatuh Hati ini, seorang lagi peserta tersingkir adalah penyanyi bersuara meneran, Wann. – Agensi