Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bersemadilah Collarwarli

    HUTAN SIMPAN PENCH, 20 JAN – Pencinta haiwan India hari ini berkabung atas kematian mendadak harimau betina yang terkenal dan diberi penghargaan menambahkan bilangan populasi haiwan terancam itu di hutan.

    Collawarli, digelar ‘supermum’ oleh media tempatan kerana melahirkan hampir 30 anak, mati dengan aman pada hujung minggu kerana jangkitan usus.

    Pegawai pemuliharaan yang sugul kelihatan membawa jasad Collarwali ke unggun pengebumian ditaburi dengan bunga bagi upacara persemadian secara membakarnya.

    “Harimau betina ini amat popular di hutan simpan dan dalam kalangan masyarakat tempatan,” Alok Mishra, pengarah lapangan Hutan Simpan Pench di negeri Madhya Pradesh, memberitahu AFP.

    “Semua orang mengenalinya,” tambahnya. Collarwali mendapat status selebritinya kerana menghidupkan semula populasi harimau tempatan dan menarik pengunjung dari seluruh India ke hutan ini, di kawasan yang dikatakan cetusan inspirasi bagi buku antologi terkenal Rudyard Kipling, Jungle Book.

    Daripada 29 anak harimau yang dilahirkannya sepanjang hayatnya, 25 daripadanya hidup sehingga dewasa.

    Namanya yang unik – dengan Collar dari bahasa Inggeris – diperolehi dari sebuah projek penyelidikan di taman semula jadi itu semasa kecilnya.

    “Ia merupakan harimau pertama mendapat kolar di taman ini,” kata Mishra. “Itu merupakan alasan kenapa ia terkenal – kolar memastikan ia didokumentasikan dan dikenali.” – AFP

    Collarwali diletakkan di atas unggun dihiasi bunga bagi acara pembakaran jasadnya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...