Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Bersemangat pamer kesetiaan pada negara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan, Kumpulan Al-Uswah Kesatuan Ibu Bapa Alumni PKBN tidak ketinggalan menyertai perbarisan lalu Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara, hari ini.

    Menurut ketua pasukan berkenaan, Haji Sohaili bin Haji Mohidi, ini merupakan kali ketiga berturut-turut Kumpulan Al-Uswah mengikuti upacara perbarisan lalu walaupun dalam bilangan yang sedikit bagi mengurangkan beban dan risiko jangkitan COVID-19.

    Pasukan beliau juga telah membuat persiapan sejak awal Februari yang lalu seperti menghadiri sesi taklimat anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), mengikuti sesi latihan perbarisan dan raptai penuh, begitu juga persiapan bagi pembelian dan pemotongan pakaian seragam kumpulan.

    Kumpulan berkenaan tetap menampilkan pakaian tradisi yang melambangkan jati diri keBruneian, membawa mesej tetap menjunjung kedaulatan dan prinsip Negara Melayu Islam Beraja yang berdaulat lagi merdeka dan tidak ketinggalan memajukan diri bersama anak-anak Alumni PKBN sebagai warga negara yang bersedia, berkhidmat dan berbakti.

    Ahli Kumpulan Al-Uswah bergambar ramai semasa Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 di ibu negara, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...