Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersepadu banteras rasuah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Mesyuarat tahunan kerjasama dua hala kali pertama antara Biro Mencegah Rasuah (BMR) dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), Singapura telah diadakan di Singapura.

    Mesyuarat itu dihadiri delegasi BMR yang diketuai pengarahnya, Datin Seri Paduka Hajah Elinda binti Haji C.A.Mohamed yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat CPIB itu dipengerusikan Pengarah CPIB, Denis Tang dan dipengerusikan bersama Datin Seri Paduka Hajah Elinda.

    Mesyuarat itu bertujuan untuk memperkukuhkan lagi usaha bersepadu menentang rasuah dan pada masa sama, meningkatkan lagi pembangunan kapasiti dalam mencegah dan membanteras rasuah, menurut kenyataan dari BMR.

    Kedua-dua pihak telah mengambil kesempatan untuk membincangkan dan mengongsikan pengalaman, amalan baik mengenai metodologi yang efektif dalam pembanterasan rasuah dan strategi pencegahan rasuah.

    Kedua-dua buah agensi pencegahan rasuah seterusnya mengulangi komitmen untuk meningkatkan usaha membanteras rasuah melalui penglibatan dan kerjasama bersepadu selaras dengan Artikel 48 di bawah Kerjasama Agensi Penguat kuasa, Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menentang Rasuah yang menggalakkan kepentingan bagi negara-negara ahli untuk bekerjasama rapat sejajar dengan undang-undang dan pentadbiran negara masing-masing dalam memantapkan lagi penguatkuasaan dalam membanteras jenayah di bawah konvensyen berkenaan.

    Denis Tang dan Datin Seri Paduka Hajah Elinda pada mesyuarat tahunan kerjasama dua hala kali pertama antara BMR dan CPIB. – Gambar oleh BMR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda