TOKYO, 9 OKT – Taufan yang bergerak perlahan di pesisir selatan Jepun telah mencetuskan angin kencang dan hujan di beberapa kawasan dan boleh membawa hujan lebat ke wilayah Tokyo hingga awal minggu depan, walaupun ia belum lagi dijangka akan mendarat, kata pegawai hari ini.
Pegawai bencana, bagaimanapun, menasihatkan penduduk untuk mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal.
Taufan Chan-hom berada di selatan pulau Shikoku Jepun pada petang hari ini dengan membawa angin maksimum sehingga 126 kilometer sejam, kata Badan Meteorologi.
Agensi itu mengatakan bahawa Chan-hom dilihat bergerak jauh dari luar pantai Jepun dan tidak diramal akan membuat pendaratan.
Menteri pengurusan bencana Hachiro Okonogi menggesa penduduk untuk bersiap sedia berdepan dengan ombak besar dan kemungkinan banjir akibat ribut dan menghindarkan keluar rumah bagi tujuan yang tidak penting. Puluhan penerbangan domestik hujung minggu di barat daya Jepun juga telah dibatalkan. – AP