SOPAN santun harus dilakukan di mana-mana sahaja seperti di rumah, sekolah atau kampus, tempat kerja dan lingkungan masyarakat. Intinya sopan santun harus dilakukan di tempat di mana adanya interaksi antara individu. Di sini dikongsikan tiga versi sopan santun yang harus diterapkan pada diri kita:
1-Sopan santun dalam lingkungan keluarga
-Tidak bercakap kuat atau kasar kepada orang tua atau orang yang usianya lebih tua daripada kita seperti ibu bapa, datuk nenek dan lain-lain.
-Tidak memerintah orang tua untuk melakukan sesuatu yang kita inginkan.
-Tidak membantah perintah atau arahan orang tua.

-Mendengar apabila orang tua bercakap dengan kita.
-Sebelum berpergian, kita meminta izin terlebih dahulu kepada orang tua dan mencium tangan mereka.
2-Sopan santun dalam lingkungan sekolah
-Menjaga tingkah laku, seperti berperilaku baik dan terpuji, menghormati guru dan mematuhi peraturan sekolah atau kampus.
-Menjaga kebersihan sekolah atau kampus serta berperanan aktif dalam kegiatan sosial di sekolah mahupun kampus
-Menghormati ibu bapa dan guru.
-Tidak mencela atau mengejek sesama rakan.
-Berbicara dengan ramah kepada sesama rakan mahupun guru.
-Tidak bercakap apabila guru sedang mengajar.
3-Sopan santun dalam lingkungan masyarakat
-Membantu orang tua menyeberangi jalan.
-Mengucapkan kata tumpang lalu ketika berjalan di hadapan orang lain.
– Menyapa orang ketika bertemu.
-Meminta maaf jika melakukan kesalahan.
-Membuang sampah pada tempatnya.
-Memainkan radio atau muzik dalam nada suara yang kecil agar masyarakat di sekeliling tidak terganggu.
-Mematuhi peraturan.
-Mengikuti kerja-kerja atau kegiatan masyarakat yang diadakan.
-Akur terhadap jiran tetangga.
-Menghormati orang yang lebih tua.
-Menghargai pendapat orang lain.
-Menutup mulut ketika menguap di tempat awam.
-Meludah di tempatnya.
Manfaat daripada bersopan santun
-Di mata orang lain, kita dianggap sebagai berperibadi sopan dan berperilaku baik.
-Dengan bersikap sopan santun, kita dapat terhindar dari bahaya (gangguan orang lain), sebab kita seakan tidak menentang atau menghina orang lain.
-Kita akan disukai dan dihargai oleh semua orang.
-Kita akan memperolehi ramai rakan.
-Menjaga nilai-nilai persaudaraan.
-Hidup damai.
-Kita akan dihargai dan dihormati oleh orang lain.
-Memberi keyakinan pada diri sendiri dalam setiap situasi.
-Menjadikan anda dapat memelihara suasana yang baik dalam berbagai lingkungan, baik lingkungan keluarga, pergaulan dan tempat di mana anda bekerja.
-Orang lain akan merasa nyaman dengan kita.
-Memudahkan hubungan baik antara anda dengan juga orang lain (Better Human Relation). – Agensi