Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bersopan santunlah ketika melayani para pelanggan

    Dalam perniagaan atau perkhidmatan pelanggan, layanan yang baik adalah kunci bagi membuktikan perniagaan atau perkhidmatan kita pada tahap yang baik.

    Ini kerana kesalahan awal yang akan berlaku pasti bermula dari pelanggan. Justeru jika pelanggan merasakan layanan yang diberikan kurang memuaskan setentunya mereka akan memberikan komen yang negatif sehingga memburukkan imej syarikat atau pejabat.

    Sehubungan itu para pemilik perniagaan atau ketua-ketua jabatan perlu memantau pekerja-pekerja bawahan mereka dari sikap layanan mereka kepada para pelanggan mahupun orang awam.

    Sebagai contoh baru-baru ini, saya pergi ke sebuah kedai di Kampung Menglait mendapati seorang pekerja kedai itu tidak bersopan santun menjawab pertanyaan pelanggan lain.

    Ketika itu, pelanggan tersebut hendak mencari sebuah barang dan bertanyakan mengenainya kepada seorang petugas kaunter, namun dengan kasarnya pekerja tersebut mengatakan “Aku hanya pekerja kaunter, mana ku tau di mana ada atau inda, cuba cari sendiri.” Perlu kah pekerja itu berkata sedemikian rupa? Bukankah pelanggan merupakan prioriti utama bagi mana-mana syarikat atau khidmat pelanggan.

    Saya sendiri merasakan jawapan pekerja itu agak keterlaluan meskipun realitinya benar. Pekerja berkenaan sepatutnya tidak mengatakan begitu malah meskipun bukan tugasnya cuba bantu pelanggan yang memerlukan bantuan.

    Baru-baru ini juga, saya terbaca satu perkongsian di media sosial, di mana pengadu berkongsi tentang layanan khidmat pelanggan dari operator pejabat yang agak kurang memuaskan. Di mana dalam perkongsian itu, pengadu mengatakan beliau mendapat layanan yang kasar dari pihak operator.

    Seharusnya mana-mana pekerja perlu memberikan layanan yang baik kepada pelanggan, tidak kiralah semasa itu kita mengalami hari yang terburuk dan apa yang perlu cuba jangan campur baurkan urusan kerja dan peribadi. Jalankanlah tugas dengan baik dan ikhlas agar para pelanggan merasa senang dan nyaman ketika melakukan urusan.

    Ikhlas

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...