Bersua semula selepas 30 tahun

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Lebih 30 orang bekas pemain ragbi termasuk beberapa orang ahli pasukan yang mewakili negara buat kali pertama di Singapura pada 1977, iaitu Pasukan Brunei School Rugby, telah berkumpul pada majlis pertemuan semula yang diadakan di sebuah hotel di Kiulap, hari ini.

Salah seorang ahli berkenaan, Haji Aspar bin Haji Latif berkata, idea perjumpaan semula semua ahli ragbi tersebut datang daripada beberapa orang bekas pemain pasukan dan hasilnya berjaya menganjurkan perjumpaan berkenaan yang termasuk kapten pasukan, Pengiran Omarali bin Pengiran Mohamed.

“Kami berjaya mengumpul lebih 30 orang kami untuk menghadiri acara ini bagi mengeratkan lagi pertalian silaturahim, walaupun ada beberapa orang yang tidak dapat meng-

hadiri, dan kami juga menjemput mereka yang aktif dalam ragbi semasa zaman kami yang tidak berjaya memasuki Pasukan Brunei School Rugby,” tambahnya.

Semasa acara perjumpaan semula itu, ramai daripada yang hadir tidak pernah bersua lebih 30 tahun dan salah seorang daripada ahli pasukan tersebut juga memainkan rakaman video bekas jurulatih mereka, Piper yang mengirim salam kepada bekas-bekas pemain berkenaan.

Bekas jurulatih itu yang kini berada di tanah airnya di United Kingdom (UK) menyatakan perasaan bahagia setelah mengetahui mereka mengadakan perjumpaan semula namun sayangnya beliau tidak dapat bersama-sama mereka di acara tersebut disebabkan sekatan perjalanan ekoran COVID-19.

Dengan kejayaan pada perjumpaan berkenaan, pengajur berharap dapat mengatur lebih banyak aktiviti dalam kalangan bekas pemain ragbi di seluruh negara pada masa akan datang.

Gambar ramai pada majlis pertemuan semula berkenaan.