BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Syarikat Rajamas Bersama Sdn Bhd, pengedar tunggal minuman Sosro Fruit Tea dan Teh Botol Sosro di Brunei telah menganjurkan majlis bersungkai bagi Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di Kampung Jangsak, kelmarin.
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, penduduk Kampung Jangsak serta kakitangan sukarelawan dari syarikat berkenaan.
Sebelum berbuka puasa, Syarikat Rajamas Bersama Sdn Bhd juga telah menyampaikan sumbangan minuman Teh Botol Sosro yang disampaikan oleh Pengarahnya, Lau Kah Huon kepada imam masjid, Haji Kamaluddin bin Haji Abdul.
Lau Kah Huon dipetik sebagai berkata, “Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial kami untuk menyumbang balik kepada masyarakat, kami memberi penghormatan kepada bulan Ramadan dengan menganjurkan majlis bersungkai dan berpeluang berbuka puasa bersama ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid dan penduduk Kampung Jangsak”.


