Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Bersyukur kekal dapat raikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-38

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Walaupun masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19, Negara Brunei Darussalam kekal dapat lagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-38 dalam norma baharu pada Fasa Awal Endemik di mana faktor keselamatan dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan diberikan keutamaan.

    “Kita bersyukur kerana dapat meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-38 melalui perhimpunan agung dilaksanakan dengan keramaian kira-kira 3,800 orang peserta yang menyertai acara perbarisan.”

    Perasaan syukur itu disuarakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin (gambar bawah – tengah) dalam temu bual ringkas bersama pihak media pada Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Beliau berkata bahawa jumlah peserta perbarisan itu dikurangkan daripada jumlah peserta sebelum COVID-19 di mana menyaksikan keramaian kira-kira 26,000 orang peserta. Jumlah itu dikurangkan, jelasnya, dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan dan mematuhi SOP yang telah digariskan.

    Mengulas mengenai persiapan bagi acara itu, Yang Berhormat Dato menyatakan, perkara yang penting dilaksanakan adalah untuk menentukan bahawa peserta dan orang ramai serta jemputan yang hadir, telah mendapat dua dos vaksin dan melaksanakan pemeriksaan ujian pantas antigen (ART) ke atas mereka yang hadir terutama bagi peserta-peserta di mana mereka perlu membuat ujian ART pada hari ini untuk dibenarkan ikut sama dalam acara berkenaan.

    Semua tindakan yang dilaksanakan, tambahnya, adalah bagi mengurangkan risiko-risiko penularan COVID-19 dan juga bagi keselamatan bagi mereka yang hadir pada acara berkenaan. Sementara itu, daripada aspek persiapan pula, Yang Berhormat Dato menjelaskan bahawa hanya satu raptai atau rehearsal dikendalikan iaitu pada 19 Februari lalu di mana pada lazimnya ia dilakukan tiga kali, dengan latihan sebelum raptai itu, dilaksanakan di stadium-stadium dan kompleks-kompleks sukan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...