Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Bertadarus bersama mualaf di pedalaman

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Bagi menyemarakkan lagi dan meraih ganjaran di bulan Ramadan, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah mengadakan Majlis Bertadarus Bersama Mualaf di Kawasan Pedalaman yang berlangsung di Pos Dakwah Kampung Selapon, Temburong, baru-baru ini.

    Kunjungan dan majlis bertadarus berkenaan diadakan untuk mengajak para mualaf untuk sama-sama menghayati bulan Ramadan dengan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh. 

    Rombongan bertadarus dari PDI disertai oleh pegawai dan kakitangan Bahagian Penapisan dan Pameran, Urus Setia Penerbitan Tafsir Brunei Darussalam dan Unit Dakwah Daerah Temburong.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan tadarus Al-Quran bersama mualaf setempat dan diteruskan dengan sembahyang fardu Asar berjemaah. 

    Jemaah yang hadir seterusnya menyertai Munajat Ramadan anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama secara maya.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyerahan buku panduan siri bimbingan mualaf iaitu ‘Panduan Sembahyang Sunat Tarawih dan Ratib Al-Attas’ khusus bagi mualaf, dan penyerahan buku-buku terbitan PDI untuk kegunaan jemaah di Pos Dakwah Kampung Selapon.

    Majlis Bertadarus Bersama Mualaf di Kawasan Pedalaman ini merupakan aktiviti tahunan PDI yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan kerjasama unit dakwah daerah-daerah. 

    Aktiviti berkenaan juga diharapkan akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga PDI dan saudara-saudara baharu.

    Haji Abdul Rajid menyampaikan buku panduan siri bimbingan mualaf kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Pos Dakwah Kampung Selapon, Temburong, baru-baru ini. – Gambar serahan PDI
    Tetamu kehormat bersama pegawai dan kakitangan PDI pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -