Bertahan lama dalam industri

Pelakon terkenal Salman Khan memberitahu bukan mudah untuk seseorang selebriti itu untuk mengekalkan populariti dalam jangka masa yang lama.

Menurut Salman Khan, hanya beliau, Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Akshay Kumar dan Ajay Devgan yang mampu bertahan lama dalam industri seni. Mereka telah berlakon selama lebih 20 tahun dalam dunia industri seni dan mereka masih lagi terkenal dan melakonkan beberapa buah filem dalam industri ini.

Salman Khan telah debut pada tahun 1988 sebagai watak sampingan dalam drama Biwi Ho To Aisi dan watak utama dalam filem romantik Maine Pyar Kiya yang menjadikannya sebagai antara calon-calon anugerah pelakon lelaki terbaik.

“Populariti akan berakhir. Ia adalah tugas yang besar untuk kekal lama dalam industri.

Saya rasa, Shah Rukh Khan, Aamir, Akki dan Ajay… Hanya kami sahaja yang mampu bertahan lama. Kami sentiasa lakukan yang terbaik untuk mengekalkannya untuk beberapa tahun lagi,” kata Salman Khan ketika sesi temu bual bersama Filmfare. – Agensi

Salman Khan berpendapat beliau, Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Akhshay Kumar, Ajay Devgan mampu bertahan lama dalam dunia industri seni- Agensi