Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bertuahnya kambing Jepun

    5 tahunJEPUN, 14/15 April 2012 – Bagi warga Jepun, haiwan peliharaan mereka sekarang adalah kambing. Memiliki kambing di Jepun dianggap mengikut fesyen terkini dan kemewahan baru bagi orang-orang kaya. Kambing dikatakan makhluk yang comel, sedap dipeluk dan penyayang, oleh itu kenapa tidak memeliharanya.

    Dan warga Jepun yang kaya jelasnya menjaga dengan baik kambing-kambing mereka, bahkan juga ketika mereka meninggalkan bandar itu.

    Hotel kambing adalah sebuah tempat di mana warga Jepun meninggalkan haiwan peliharaan mereka semasa mereka pergi bercuti ke luar negara.

    Hotel Rumah Tetamu Kambing, sebuah tempat pertama dan satu-satunya di dunia yang dikhaskan untuk kambing sahaja.

    Tidak ada haiwan lain yang dibenarkan masuk ke hotel berkenaan. Walaupun kambing biri-biri jantan kerana pihak pengurusan hotel merasakan ‘kambing biri-biri jantan terlalu kasar untuk disesuaikan’.

    C (1)_150417

    Dan anda pasti terkejut untuk mengetahui bahawa di hotel kambing itu, kambing tidak ditempatkan di dalam bangsal biasa, namun di sebuah bilik mewah.

    Memiliki tiga puluh buah bilik dan masing-masing dilengkapi dengan beberapa kemudahan, termasuk katil empuk dan set televisyen, sekiranya haiwan-haiwan itu berasa kesunyian.

    Perkhidmatan lain termasuk perkhidmatan pembantu yang dilatih sepenuh masa, dan lengkap dengan kerja pengemasan. Sudah pasti kambing Jepun, kambing paling bertuah.

    Dan sejak hotel anjing dan kucing telah menjadi popular di dunia Barat, kenapa tidak waga Jepun membuka hotel untuk kambing.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda