Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Beruang terkunci dalam kereta

    LOS ANGELES, 9 OGOS – Seekor beruang yang memasuki kereta pasangan suami isteri warga Amerika Syarikat (AS) terpaksa menghabiskan sepanjang malam dalam kereta selepas terkunci di dalamnya.

    Penceroboh itu berjaya memusing pemegang di bahagian luar pintu kereta – kemungkinan dalam usaha mencari makanan – tetapi nampaknya gagal membukanya dari dalam selepas terkunci.

    “Ia berada di sana selepas pukul 11 malam sehingga hampir pukul 7 pagi,” beritahu Mike Pilati kepada KTVQ di Red Lodge, Montana.

    “Setiap beberapa minit awda akan mendengar bunyi kunyahan yang kuat. Saya sangka ia sedang mengunyah tong sampah tetapi rupa-rupanya kereta saya yang dikunyahnya,” kata Pilati.

    Pilati dan isterinya, Maria menghubungi syerif tempatan untuk melaporkan mengenai pencerobohan beruang itu, dan diberitahu pegawai hidupan liar akan datang pada keesokan harinya.

    Namun Pilati enggan menunggu dan memutuskan untuk membuka pintu kereta dengan sebatang kayu.

    Gambar video menunjukkan beruang melompat keluar dari kereta sebelum berlari mencari anaknya yang berada tidak jauh dari kawasan itu.

    Pilati seterusnya menyiasat kerosakan kereta – cermin besar pecah, papan pemuka yang dikunyah, pintu penumpang yang rosak dan juga bau amat busuk.

    “Beruang ialah haiwan berbau busuk,” beritahu Pilati kepada wartawan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...