Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berus gigi Hilton kena lelong

    10 tahunLOS ANGELES, 1 Julai 2007 – Satu tin kosong bekas makanan anjing dari tong sampah Paris Hilton memulakan perang lelongan di eBay yang mencecah sehingga AS$1.5 juta.

    Laman sesawang HollywoodStarTrash.com juga meletakkan tiga barangan Hilton yang lain untuk dijual di eBay, termasuk satu berus gigi terpakai, poskad yang bertandatangan dan satu surat peminatnya.

    Bidaan tertinggi bagi barangan terbabit adalah AS$285 yang ditawarkan bagi berus gigi berkenaan.

    Bidaan akan ditutup hujung minggu tersebut.

    Pada masa yang sama, salah seorang pembida turut meminta laman sesawang itu memeriksa kesahihan bidaan dan menarik balik jika mendapati ‘produk’ itu palsu.

    “Saya pasti curiga,” kata salah seorang daripada petugas HollywoodStarTrash.com yang enggan memberikan namanya kerana bimbang akan menjejaskan kerjanya.

    Jurucakap eBay yang berjanji untuk memeriksa bidaan terbabit, bagaimanapun tidak mengesahkannya.

    Sekurang-kurangnya seorang yang menemui keuntungan dalam tong sampah Hilton ialah Daryl Abrams, presiden dan juga ketua pengarah eksekutif ‘Party Animal Inc’ yang menjalankan perniagaan West Hollywood, memasarkan makanan anjing organik yang ditemui dalam tong sampah Hilton.

    “Kami menerima banyak tempahan internet. Sepanjang tempoh 24 jam lalu adalah tempahan paling banyak kami terima,” kata Abrams.

    Abrams berkata Hilton adalah salah seorang pelanggan terbaiknya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda