Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Berwaspada terhadap panggilan penipuan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan kepada orang ramai mengenai pengesanan panggilan penipuan (scam) daripada nombor yang tidak dikenali, yang mana panggilan tersebut menyatakan bahawa penerima panggilan adalah kontak terdekat kepada kes COVID-19 dan memohon setiap penerima panggilan untuk menekan nombor tertentu bagi pengesahan lanjut dan mengongsi maklumat peribadi mereka.

    Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dan tidak mengongsi sebarang maklumat peribadi jika menerima panggilan yang mencurigakan.

    Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan juga ingin mengesahkan bahawa panggilan berkenaan tidak berasal dari Kementerian Kesihatan atau Talian Darussalam 123.

    Kementerian Kesihatan memandang serius akan perkara itu dan telah membuat laporan kepada pihak tertentu bagi siasatan lanjut.

    Bagi sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau Talian Nasihat Kesihatan 148.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...